PARIS: Kajian mendapati, seseorang yang memiliki paha dengan ukur lilit kurang 60 sentimeter lebih berisiko mati awal dan menghidap penyakit jantung.
Menurut laporan disiarkan Jurnal Perubatan Britain (BMJ) semalam, dua saintis memeriksa data daripada 1,436 lelaki dan 1,380 wanita di Denmark pada akhir 1980-an.
“Selepas 20 tahun, lebih 400 mereka mati dan 540 menghidap sakit atau masalah jantung,” lapor BMJ.
Secara umum, jumlah lelaki mengatasi wanita dengan nisbah 2:1.
Kajian dilakukan saintis Hospital Universiti Copenhagen, Berit Heitmann dan Peder Frederiksen.
Data menunjukkan, pemilik paha lilit lebih besar tidak menghadapi masalah jantung selepas faktor risiko lain - termasuk obesiti dan tabiat merokok - diambil kira. - AFP